Tolak pemimpin bermasalah bukti demokrasi berjalan baik

Tolak pemimpin bermasalah bukti demokrasi berjalan baik

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Penyingkiran pemimpin tertinggi yang bermasalah bukan sahaja tidak bermakna menolak demokrasi tetapi sebenarnya menjadi bukti demokrasi sedang berjalan dengan baik kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berpendapat selagi Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, selama itulah negara ini tidak demokratik dan melaksanakan pemerintahan kuku besi yang tidak berlandasakan undang-undang.

Menulis di blognya hari ini Dr Mahathir menegaskan, perdana menteri seperti Datuk Seri Mohd Najib Razak juga pernah berperanan dalam usaha penyingkiran Tun Abdullah Badawi sebelum tamat tempoh perkhidmatannya.

“Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai Perdana Menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun,” ujarnya.

Beliau menyenaraikan beberapa tindakan Najib membabitkan kumpulan perniagaan, kontraktor, akhbar, wartawan selain membelakangkan sama sekali hak rakyat dibicarakan.

“Jika rakyat atau anggota keselamatan terbunuh, “inquest” iaitu pemeriksaan akan sebab kematian oleh Majistret tidak boleh diadakan. Persoalan di mahkamah berkenaan kes juga tidak dibenar.

:Baru-baru ini apabila komen dibuat oleh seseorang berkenaan kematian seorang tokoh politik, polis menangkap orang itu tanpa waran, menyoalnya selama 12 jam, sebelum dilepas. Ketua Polis Negara dakwa bahawa waran tangkap tidak diperlukan. Siapa sahaja boleh ditangkap oleh polis tanpa waran.

“Semua ini adalah bukti jelas dan terang bahawa Najib sudah hapuskan demokrasi di Negara ini.

“Yang patut ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana mensabotaj demokrasi di Malaysia ialah Najib,” tulis beliau.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengulas demikian ekorang kenyataan Najib yang mendakwa bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirkanya bermakna menolak demokrasi.
Sebaliknya Dr Mahathir berpandangan dakwaan Ahli Parlimen Pekan it tidak berasas sama sekali. Sebenarnya ia menjadi bahan ketawa.

” Perdana Menteri Australia, Tony Abbot, letak jawatan kerana partinya memilih Presiden baru. Di Britain Perdana Menteri letak jawatan kerana kalah dalam pungutan suara berkenaan Brexit.

“Di Brazil Presiden digantung oleh Dewan Senat untuk menghindar kemungkinan Presiden menganggu siasatan terhadapnya.

“Presiden Nixon Amerika disingkir kerana skandal Watergate,” terangnya.

TAGS