Trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya pagi ini

Trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya pagi ini

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 8.30 pagi ini berikutan orang ramai mula menuju ke destinasi masing-masing bersempena cuti persekolahan dan cuti Aidiladha.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan dari Kuala Kangsar ke Bukit Berapit, Terowong Menora ke Sungai Perak, Bandar Casia menghala ke Juru dan Slim River ke Sungkai berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

“Bagaimanapun, trafik perlahan di KM 308.5 arah utara dari Tapah ke Gopeng berikutan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori, namun tiada kemalangan maut dilaporkan. Ia masih terkawal.

“Berlaku kemalangan ‘bumper-to-bumper’ di KM 444.4 dari Hospital Sungai Buloh menuju Rawang membabitkan dua kereta. Namun tiada lorong terhalang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik dilapor perlahan sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke arah Timur manakala kawasan lain menghala ke pantai timur dilaporkan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

TAGS