Trump ikrar AS  tarik diri TPP pada  hari pertama di White House

Trump ikrar AS tarik diri TPP pada hari pertama di White House

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Donald Trump berkata, Amerika Syarikat akan menarik diri dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada hari pertamanya di White House.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam satu mesej video, menggariskan apa yang akan dilakukannya apabila mengambil alih jawatan pada Januari ini, lapor BBC.

Perjanjian perdagangan TPP telah ditandatangani oleh 12 negara.

Trump sebelum ini dalam kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) berkata akan menilai semula TPP walaupun tidak dinyatakan berterus terang tetapi ramai memahami apa yang dikatakaan Trump tertumpu kepada TPP sebagai “bahaya paling besar” kepada negara uncle Sam itu.

Justeru beliau mahu memastikan dapat mengembalikan semula kawalan ekonomi kepada AS dengan mengumumkan AS akan menarik diri daripda TPP.

Beliau berkata akan berunding secara adil dalam tawaran membabitkan dua negara dalam perdagangan di bawah TPP untuk menarik semula peluang pekerjaan dan industi kembali ke AS.

Perjanjian TPP dipersetujui pada 2015 oleh beberapa negara termasuk, Jepun, Malaysia, Australia, New Zealand, Kanada dan Mexico.

Bagi Malaysia mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung status Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) berikutan pemilihan Donald Trump sebagai Presiden AS.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dipetik berkata pada ketika ini ada beberapa kemungkinan berlaku iaitu TPPA diterima atau tidak oleh Trump, selain kemungkinan ahli Kongres akan meluluskan perjanjian itu.

Katanya, pada masa sama Malaysia akan meneruskan kempen bersama 10 lagi negara untuk terus mempromosi dan menyokong TPPA untuk menjadi realiti.

TAGS