Trump, Najib berbincang di Rumah Putih

Trump, Najib berbincang di Rumah Putih

 

Perbincangan Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berlangsung di Rumah Putih dalam satu pertemuan yang bakal membuka lembaran baharu selepas 60 tahun Amerika Syarikat menjalinkan hubungan dua hala dengan satu daripada rakan strategiknya di Asia Tenggara itu.

Trump menyambut mesra Najib sejurus beliau tiba untuk menghadiri pertemuan empat mata di Rumah Putih yang terletak di Pennsylvania Avenue, yang juga merupakan lawatan pertama pemimpin Malaysia itu ke pejabat dan kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat itu.

Perbincangan dengan Trump adalah kemuncak lawatan kerja Najib ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Ke-45 negara itu yang mula berkhidmat pada 20 Januari tahun ini.

Program di Rumah Putih turut merangkumi mesyuarat delegasi melibatkan anggota dan penasihat pentadbiran Trump serta para menteri dan pegawai kanan kerajaan Malaysia.

{loadposition myposition}

Kedua-dua pemimpin itu dijangka mengeluarkan kenyataan bersama selepas mengakhiri pertemuan mereka di Rumah Putih, yang menyaksikan Washington dan Kuala Lumpur meraikan hubungan dua hala selama enam dekad tahun ini.

Pada mesyuarat itu, delegasi Amerika Syarikat terdiri daripada Naib Presiden Mike Pence, Setiausaha Negara Rex Tillerson, Setiausaha Pertahanan James Mattis, Ketua Turus John Kelly, Penasihat Keselamatan Negara Lt Jen H.R McMaster dan Penasihat Kanan Jared Kushner.

Para pemerhati mendapati barisan delegasi Amerika Syarikat mencerminkan keutamaan yang diberikan Washington di bawah pentadbiran Trump terhadap mesyuarat itu khususnya dalam membuka lembaran baharu dalam hubungannya dengan Malaysia, sebuah negara yang mempunyai 30 juta penduduk pelbagai kaum dan agama di Asia Tenggara yang berdaya maju.

Delegasi Malaysia pula terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

CATEGORIES
TAGS