Tubuh parti baharu: Siapapun boleh komen, buat andaian kami tidak hilang fokus

Tubuh parti baharu: Siapapun boleh komen, buat andaian kami tidak hilang fokus

Bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor tidak berganjak dengan hasrat dan matlamatnya untuk melawan rasuah walaupun ada pihak mempertikaikan kewajaran beliau mengambil keputusan menubuhkan parti baharu itu tidak akan bertahan lama.

Bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor tidak berganjak dengan hasrat dan matlamatnya untuk melawan rasuah walaupun ada pihak mempertikaikan kewajaran beliau mengambil keputusan menubuhkan parti baharu itu tidak akan bertahan lama.

Menurut Ezam kepada Malaysia Dateline beliau tidak berganjak dengan keputusan itu kerana ia sebagai satu daripada tuntutan agama dan tanggungjawab kepada negara.

“Siapa pun boleh komen dan buat andaian.

“Apa yang pasti sesiapapun tidak akan boleh menghilangkan fokus dan keazaman kami.

“Kami tidak akan berganjak kerana ini soal tuntutan agama dan tangungjawab kepada negara.

“Kami mahu lunaskan tanggungjawab. Soal menang atau kalah, berjaya atau tidak bukan pertimbangan kami,” ujarnya dalam whatappsnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pandangan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang membuat komen di dalam blognya semalam,  mengenai hasrat Ezam dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk menubuhkan parti baharu mengandaikan tidak akan bertahan lama kerana Ezam dan Khairuddin  dakwanya, hanya berkepentingan mengejar jawatan dalam politik.

Justeru Ezam menjelaskan, parti yang akan ditubuhkannya itu kelak berjuang ke arah satu matlamat untuk memerangi rasuah.

“Tumpuan parti ini bukan kepada pembentukan kuasa sepertimana kebiasaan parti politik lain.Tumpuan parti ini ialah kepada proses penyalahgunaan kuasa (abuse of power) bukan kepada proses pembentukan kuasa.

“Oleh yang demikian parti ini akan terus menjadi sebuah parti yang kecil.Parti kecil yang fokus kepada satu isu.

“Parti akan hilang tumpuan kepada isu apabila ia menjadi besar.Parti yang besar juga akan menyebabkan ianya tertumpu kepada perebutan kuasa. Jadi parti ini kelak tidak boleh dan tidak akan menjadi parti besar,” ujarnya.

Ezam berkata bersama Khairuddin dan beberapa lagi aktivis yang pernah merengkok di penjara didalam perjuangan melawan rasuah akan mempeloporinya di peringkat awal ini.

Buat masa ini ujarnya lagi, nama khusus, jawatankuasa protem sedang diuruskan bagi tujuan untuk Pendaftaran Pertubuhan.

“Kami bertekad menjadi kelompok yang akan memerangi mereka yang melakukan kejahatan.

“Saya sendiri akan mengetuai perjuangan ini berdepan dengan Najib dimana sahaja beliau bertanding.

“Manakala Datuk Seri Khairudin telah nyatakan kesediaan bersama memimpin parti ini dan sedia berdepan dengan menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kewangan negara.

“Fokus kami ialah kepada Kementerian Kewangan kerana disinilah lubuk kejahatan salahguna kuasa.

“Skandal 1MDB dan SRC hanya sebahagian daripadanya.Jauh lebih besar adalah kejahatan yang berlaku dimana kesemua tender kerajaan diputuskan di Kementerian Kewangan dimana hanya Menteri Kewangan yang boleh mempengerusikan dan meluluskannya.Parti baru ini akan fokus dan membongkar lubok kejahatan salahguna kuasa ini,” terangnya yang masih berada di luar negara dan akan kembali ke Kuala Lumpur esok.

Sebagai rekod Ezam ketika di dalam Umno pernah  memegang jawatan di peringkat bahagian dan  pernah menjadi Setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apabila Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri, Ezam menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan Anwar. Beliau adalah bekas Angkatan Muda PKR sehingga 2005.

Ezam pernah menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) pada 2008.  Ezam kembali kepada Umno dan ditawarkan jawatan Senator pada 2010. Pada 2016 Ezam kembali mengumumkan keluar Umno setelah beranggapan Umno tidak lagi serius membanteras rasuah dan mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 2016. Namun hanya bertahan tiga bulan sebelum membuat keputusan untuk keluar dari Bersatu pada Disember tahun sama kerana kecewa dengan haluan parti itu.

 

TAGS