Tuduhan rasuah LGE: Mahkamah tetapkan 34 hari untuk dakwaan kes

Tuduhan rasuah LGE: Mahkamah tetapkan 34 hari untuk dakwaan kes

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menetapkan 34 hari sepanjang tahun 2017 untuk perbicaraan dakwaan rasuah ke atas Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah banglo yang dikatakan di bawah harga pasaran.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menetapkan 34 hari sepanjang tahun 2017 untuk perbicaraan dakwaan rasuah ke atas Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah bangloyang dikatakan di bawah harga pasaran.

Hakim Hadariah Syed Ismail berkata pihak pendakwaan mempunyai 60 saksi yang akan dipanggil.

Tarikh yang ditetapkan adalah 27 hingga 31 Mac, 10 hingga 14 April, 24 hingga 28 April, 15 hingga 19 Mei, 29 Mei hingga 2 Jun, 13 hingga 16 Jun, 17 hingga 21 Julai.

Beliau juga mengarahkan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan supaya menyelesaikan isu-isu, fakta dan dokumen yang perlu dibicarakan sebelum 6 Januari tahun depan.

“Saya harap perkara ini boleh diselesaikan menjelang 6 Januari. Saya telah dengar masalah mengenai dokumen sejak dua bulan lalu, jadi saya harap ini dapat diselesaikan pada masa itu,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Pendakwa raya utama, Masri Mohd Daud bersetuju dengan hakim dan berkata beliau akan menyelesaikan perkara mengenai dokumen dengan peguam pembelaan yang diketuai oleh Gobibd Singh Deo.

Beliau mengesahkan bahawa terdapat 13,000 muka surat dan 35 jilid dokumen yang perlu disaring sebelum perbicaraan bermula pada bulan Mac.

Godind kemudian meminta kehadiran anak guamnya dikecualikan dan ini dipersetujui oleh hakim.

“Kita tidak akan mengubah tarikh yang telah ditetapkan untuk perbicaraan tetapi kita boleh tambah lagi sekiranya perlu,” kata Hadariah.

“Jadi, jika kamu mahu perbicaraan dimulakan segera, sila selesaikan dokumen-dokumen menjelang 6 Jan,” katanya.

TAGS