Tukar Najib bukan tukar empat MB, tegas netizen

Tukar Najib bukan tukar empat MB, tegas netizen

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Rata-rata pengguna di media sosial mendesak supaya Perdana Menteri ditukar.

Demikian reaksi mereka terhadap kemungkinan Najib Razak akan menukar empat Menteri Besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut Iqbal Nasir, Najib yang sepatutnya ditukar kerana membawa banyak masalah kepada rakyat manakala Shafiek Abdat menganggap rakyat lebih seronok jika Najib turut ditukar.

Sementara itu, Johari Shamsuddin menyifatkan jangkaan pertukaran menteri besar di Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan itu tidak banyak beza.

“Hanya untuk BN. Kaki balun dengan kaki bedal. Dua kali lima. Harap nak tengok BN tersingkir satu penggal saja.

“Bagi pada PH (Pakatan Harapan). Tengok macam mana punya sembang selama ni,” ujar Johari lagi sambil memberitahu sudah jenuh dan meluat dengan BN hingga ke tahap maksimum.

Bagi Abd Rahim Kamarudin pula, kerajaan sedia ada juga sewajarnya ditukar tidak cukup menukar Menteri Besar sahaja.

“Tukar semua. Hapuskan rasuah, salah guna kuasa. Reformasi,” tegasnya lagi.

Jangkaan Najib akan menukar empat Menteri Besar terbabit dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris The Star, Ahad.

TAGS