Tukar PM tidak perlu tunggu pilihan raya, bidas Mahfuz

Tukar PM tidak perlu tunggu pilihan raya, bidas Mahfuz

Polimik Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia pada Jumaat lalu, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak perlu tunggu pilihan raya sebagaimana kenyataan oleh pemimpin Umno, bidas Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Polimik Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia pada Jumaat lalu, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib  Razak tidak perlu tunggu pilihan raya sebagaimana kenyataan oleh pemimpin Umno, bidas Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berasa terkejut dengan reaksi beberapa pimpinan Umno BN terhadap Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang menuntut pengunduran atau penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

“Apa yang paling melucukan ada pimpinan Umno termasuk Ketua Pemuda Umno kata nak tukar Perdana Menteri kena ikut saluran iaitu melalui pilihan raya.

“Buat kenyataan macam orang tak tau apa. Nak tukar PM bukan perlu tunggu dan melalui pilihan raya. Cukup sama ada PM letak jawatan, hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen atau pun PM meninggal dunia. Maka, berlakulah pertukaran PM.

“Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Najib menjadi PM bukan tunggu dan melalui pilihan raya. Tetapi bila PM letak jawatan.

“MB Perak pada 2009 bertukar bukan melalui pilihan raya. MB Kedah baru sebulan bertukar bukan melalui pilihanraya. Tetapi melalui undi tidak percaya adun-adun Umno Bn kepada Mukhriz di luar dewan melalui pernyataan di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

“Begitu juga nak ganti Najib dengan orang lain sebagai PM sama ada Najib letak jawatan atau MP Umno BN pakat tandatangan Akuan Bersumpah tarik balik sokongan sebagai tanda undi tidak percaya kepada Najib sebagai PM.

“Selesai masaalah. Jadi pemimpin Umno BN jangan lupa apa yang mereka buat dengan menggulingkan Mukhriz sebagai MB Kedah tak melalui pilihanraya pun,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata, berbagai-bagai kenyataan daripada pimpinan Umno. Ada yang kata tidak ada apa-apa kesan terhadap deklarasi tersebut.

Bagaimanapun beliau berkata, jika tiada apa-apa kesan mengapa pemimpin Umno kelihatan kalut.

“Tapi kalut semacam saja. Kalau dah tidak menggugat, diam-diam saja tak payah bising,” ujarnya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri  di Putrajaya dipetik berkata,  hanya melalui pilihan raya satu-satunya cara demokratik dan berlandaskan undang-undang untuk menukar kerajaan.

Sekiranya Dr Mahathir mahu menukar kerajaan, beliau perlu melalui proses demokrasi dan menantikan pilihan raya umum akan datang selari dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,

Deklarasi itu ditandatangani seramai 58 individu yang menyokong penyingkiran Najib termasuk isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

TAGS