Tumpuan Lensa peristiwa  sepanjang tahun 2017

Tumpuan Lensa peristiwa sepanjang tahun 2017

1) 9 Januari 2017 – Sejarah tercipta apabila anak jati kelahiran Pulau Pinang Faiz Subri, 30, merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland.

2) 14 Januari 2017 – Majlis Perasmian penubuhan  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

3) 19 Januari 2017 – Mahasiswa mengadakan himpunan virgil mengenai ‘Malaysian Official No 1’ di Universiti Malaya.

4) 19 Januari 2017 – Pelancaran #Bebasanwar 10 Tahun di penjara oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

5) 5 Februari 2017 -Majlis Perasmin Maqasid Syariah Teras Negara Bangsa anjuran NUNJI17 di Shah Alam, Selangor.

6) 18 Februari 2017 – Anak kecil ditengah peserta sedang solat Asar ketika berlansungnya himpunan Rang Undang-Undang 355 di Padang Merbok anjuran Pas.

7) 26 Februari 2017 – Buat pertama kali selepas menaiki takhta pada tahun 2015, Raja Salman Abdulaziz Al Saud bersama delegasi Arab Saudi membuat lawatan rasmi ke Malaysia.

8) 1 Mac 2017 – Negara kehilangan sebutir permata sangat bernilai dalam industri filem negara dengan kembalinya ke Rahmatullah Seniman Negara Tan Sri Jins Shamsuddin.

9) 24 April 2017 – Istiadat pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 mencerminkan sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di negara ini.

10) 17 Mei 2017 – Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2050) kecoh dengan insiden seorang pelawak Mat Over menampar produser filem David Teo di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

11) 14 Jun 2017 – Lima pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur.

12) 13 Julai 2017 – Kesepakatan antara parti komponen Pakatan Harapan memperkenalkan logo serta simbol sebagai identiti sebuah parti gabungan pembangkang yang baru.

13) 15 Julai 2017 -Konvensyen  Pilihan raya Amanah Nasinal di Shah Alam

14) 17 Julai 2017 – Ceramah Umum Pakatan Harapan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi yang diadakan di Shah Alam.

15) 15 Ogos 2017 – Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV) , Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di tahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

16)  17 September 2017 – Perasmian Sukan Sea pada Ogos lalu, diikuti Para ASEAN 2017 pada temasya dwi tahunan yang bertemakan ‘Bangkit Bersama’ itu berlangsung di Stadium National, Bukit Jalil dengan penuh pertunjukan warna-warni yang menonjolkan kepelbagaian budaya dan kesenian tempatan.

17)  14 Oktober 2017 – Perhimpunan ‘Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ anjuran Pakatan Harapan mendapat sambutan dari semua lapisan masyarakat.

18) 21 Oktober 2017 – Tun Dr Mahathir Mohamad berucap ketika hadir dalam Konvensyen Amanah kali ke 2 di Alor Setar.

19) 12 November 2017 – Ketua umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim difahamkan menjalani pembedahan artroskopi susulan kecederaan di bahu kanannya Anwar selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 22 September lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

20) 21 November 2017 – Peserta yang menyertai demontrasi turunkan harga minyak  bersolat  dan berdoa  di persimpangan Jalan Parlimen.

21) 18 Disember 2017 – Penyanyi Aishah menepati ramalan apabila berjaya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-4

22) 15 Disember 20107 –  Demontrasi Aman Selamatkan Baitulmuqadis di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang.

CATEGORIES
TAGS