Tun M derhakai Umno, sekongkol dengan DAP, PKR dan Amanah

Tun M derhakai Umno, sekongkol dengan DAP, PKR dan Amanah

Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dahulunya seorang negarawan terbilang, telah menderhaka kepada Umno, bangsa dan negara.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dahulunya seorang negarawan terbilang, telah menderhaka kepada Umno, bangsa dan negara.

Beliau berkata bekas Presiden Umno itu sudah berpaling tadah terhadap parti keramat yang diterajuinya selama puluhan tahun.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau (Dr Mahathir) yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan DAP, perhimpunan haram Bersih, Parti Amanah Negara dan PKR.

Bahkan lebih teruk lagi, bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti George Soros, yang pernah dibenci dan digelar sebagai penyangak mata wang jelas Najib.

“Saya ingin bertanya sekarang ini, siapa sebenarnya ‘Melayu Yang Mudah Lupa’ itu? Pastinya bukan kita, kerana Melayu Umno yang sejati adalah Melayu yang setia dan mengenang budi dan tidak mengkhianati parti!,” tegas Najib seperti menyindir Dr Mahathir dengan sajak popular dikalangan orang Melayu itu.

Hakikatnya, inilah satu bentuk kemuncak penderhakaan pada Umno, bangsa dan tanah airnya, tegas Presiden Umno itu di hadapan 2,729 perwakilan ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Najib yang juga menteri kewangan berkata,  beliau menggunakan perhimpunan itu bukan untuk menghentam bekas pemimpin parti sebaliknya lebih kepada menegur perbuatan kebanyakan mereka yang merupakan bekas pemimpin, menteri bahkan negarawan.

Mengekalkan Umno-BN

Dalam ucapan Najib menjelaskan, Melayu dan bumiputera seharusnya mengekalkan keindukan kerajaan pimpinan Umno-BN berbanding kerajaan Pakatan Rakyat.

“Kita perlu sama-sama berwaspada pada pilihan sama ada mengekalkan keindukan kerajaan pimpinan Umno atau keindukan kerajan barisan alternatif pimpinan DAP.

“Dalam PRU 14 para pengundi akan menentukan dengan pemikiran dan tangan mereka dipeti undi siapakah yang sebaiknya menerajui pemerintahan negara ini.

“Ini persoalan pokok keindukan kepimpinan bukan perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan,” ujarnya.

Najib yang juga Perdana Menteri menegaskan, kehuatirannya terdapat orang Melayu dan bumiputera yang masih lagi tidak sedar menyatakan  sokongan kepada pakatan pembangkang yang diterajui DAP.

“Saya khuatir barangkalian ada umat Melayu dan bumiputera yang masih leka tentang hal ini sekiranya negara ke tangan DAP sebagai pelopor kepada kumpulan itu yang memperjuangkan liberalisme melampau dan sekular berbahaya pastinya hak dan keistimewaan yang diperjuangkan Umno termasuk institusi bumiputera akan pupus dan lenyap begitu juga pusat pengajian tinggi kebanggaan Melayu dan bumiputera selama 60 tahun seperti UiTM (Universiti Teknologi Mara) tidak mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.

“Jika orang Melayu dan bumiputera boleh memahami isi maksud yang tersurat akan natijah buruk dan mimpi ngeri akan bakal tiba serta melanda hidup dan nasib mereka.

“Sekiranya rakyat dapat menjadi hakim dan memilih mereka kena memilih DAP atau Umno, DAP atau Umno…Umnolah jawapannya!” disahut perwakilan dengan laungan sama.

Sambung beliau lagi, “Umat Islam tidak merasa risau apabila syiar Islam diremehkan jika DAP yang memerintah?

“Tidakkah kita umat Islam risau sakit hati dan marah apabila syiar islam jika diremehkan sekiranya DAP memerintah? Lebih dahsyat daripada itu jika dikaji perlembagaan parti DAP tidak langsung menyebut islam sebagai agama persekutuan, tidak dinyatakan menjunjung institui raja Melayu dan tidak tertulispun satu ayat pun usaha melindungi hak dan keistimewaan melayu dan bumiputera,” ujarnya.

Justeru Najib berkata kerajaan Umno-BN sentiasa istiqamah dan wasatiyah dalam menghargai  semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama.

Rakyat yang bukan beragama Islam usah bimbang selagi kerajaan negara diinduki kepimpinan Umno kami akan terus berlaku adil seperti mana dituntut olhe Allah swt dalam al-Quran supaya pemimpin berlaku adil kepada semua tidak kira latar belakang agama tambahan lagi peruntukan perlembagaan menjamin hak bukan Islam.

Najib membacakan doa memohon perpaduan rakyat dan keamanaan negara mengakhiri ucapannya pagi tadi.

RUU Akta 355 tidak dipolitikkan

Beliau juga menyentuh soal RUU Akta 355 tidak dipolitikkan pihak tertentu.

“Indukan Umno telah membuat satu ketetapan bersejarah pada 24 November 2016 lalu setelah berunding dengan rakan seperti Pas mengenai pindaan Rang Undang-Undang AKta 355 ddibacakan.

“Saya pinta jangan sesiapa politikkan isu ini kerana ia usul persendirian kemudian diambil alih kerajaan persekutuan pimpinan Umno-BN

“Pada bukan agama Islam usah bimbang kerana mereka tidak tertakluk di bawahnya sama sekali… kerajaan sedang mengkaji tidak berlaku hukuman dualisme dalam perundangan tersebut,” jelasnya.

“Sesungguhnya perpaduan ummah itu amat dekat dihati saya…kalau kita boleh bersatu dalam pengertian sebenar perpaduan ummah untuk
kepentingan sejagat mengapa kita tidak mulakan di negara kita sendiri.

“Inilah kepuncak perjuangan perpaduan ummah kita ubat luka itu jangan menyimbah minyak api permusuhan sesama sendiri.

“Atas nama perpaduan ummah kita ucap terima kasih pada sahabat parti Pas kerana matang dalam politik kerana kekal dalam parlimen mendengar bajet 2017 dan tidak sertai demontrasi jalanan anjuran Bersih.

“Inilah masanya saat dan ketika dinantikan bersama satu perpaduan ummah mulia yang ditunggu sejak sekian lama… perpaduan ummah,” ujarnya sambil melaungkan takbir ‘Allahuakbar’ sebanyak tiga kali diikuti dengan bacaan doa.

TAGS