Tun M, Muhyiddin,Mukhriz keluar Umno, Perkasa tubuh parti?

Tun M, Muhyiddin,Mukhriz keluar Umno, Perkasa tubuh parti?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dijangka bakal mengumumkan beliau akan meninggalkan Umno bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa orang pengikut setianya didalam Umno berikutan kekecewaan beliau dan pengikutnya tentang apa yang berlaku didalam Umno hari ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dijangka bakal mengumumkan beliau akan meninggalkan Umno bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa orang pengikut setianya didalam Umno berikutan kekecewaan beliau dan pengikutnya tentang apa yang berlaku didalam Umno hari ini.

Menurut sumber ini lagi, Tun M juga akan mengumumkan Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) akan ditukarkan kepada parti politik bagi meneruskan perjuangan beliau bagi menyaingi Umno yang beliau dakwa sudah tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu.

Andai benar seperti yang dikhabarkan ini, ini bermakna Tun M telahpun keluar Umno untuk kali ketiga.

Bertempat di Yayasan Seri Perdana, Putrajaya,Tun Dr Mahathir dijangka akan mengadakan sidang akhbar pada jam 4.30 petang tadi.

Sidang akhbar ini dijangka bakal menerangkan situasi semasa politik negara terutamanya masa depan beliau dan pengikutnya didalam Umno.

TAGS