Ucapan takziah buat keluarga Allahyarham SM Salim

Ucapan takziah buat keluarga Allahyarham SM Salim

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros atau lebih dikenali sebagai SM Salim yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 88 tahun sebentar tadi.

Menurut Pengerusinya Raja Iskandar Raja Ahmad Yaacob, Allahyarham telah meninggalkan jasa yang amat besar kepada industri seni tanah air. Banyak karyanya dalam bentuk penulisan lirik, nyanyian, persembahan dan pelbagai lagi telah menghiburkan jutaan peminat dan mempunyai mesej berbentuk nasihat yang bermakna terutamanya berkenaan kehidupan, masyarakat dan adab susila beragama.

Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob“Sesungguhnya, pejuang seni warisan lagu Melayu Asli yang telah banyak menerima anugerah seperti Anugerah Biduan Negara, Tokoh Seni dan Anugerah Seri Wirama itu telah meninggalkan kesan yang amat besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Allahyarham yang merupakan seniman kedua selepas P Ramlee dianugerahkan gelaran Tan Sri itu juga sangat aktif dengan kerja-kerja kemanusiaan apabila terlibat membantu para tentera dari pelbagai negara ketika tentera Malaysia ditugaskan di Congo di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960.

“Semoga Allah cucuri rohnya dan mengurniakan kesabaran buat keluarganya,” ujar Raja Iskandar.

Semalam Allahyarham dilaporkan nazak kerana sakit tua. Allahyarham perlu diberi alat bantuan pernafasan.

Berita beliau menghembuskan nafas terakhir sudah mula  tersebar menerusi whatsapps sejam ini walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada ahli keluarganya dilaporkan.

TAGS