Ulama dan profesional `kuasa ketiga’ bantu pemimpin PAS dan Umno

PAS setuju satu garis panduan dan muzakarah berterusan diadakan yang dipelopori dikalangan ulama dan profesional, sebagai 'kuasa ketiga' membantu pemimpin parti yang mempunyai fahaman politik dan ideologi berbeza, demikian pandangan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan ManPAS setuju satu garis panduan dan muzakarah berterusan diadakan yang dipelopori dikalangan ulama dan profesional, sebagai ‘kuasa ketiga’ membantu pemimpin parti yang mempunyai fahaman politik dan ideologi berbeza, demikian pandangan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Saya setuju dengan saranan untuk mencadangkan ‘kuasa ketiga’ untuk membincangkan isu-isu yng dibangkitkan kepada pemimpin yang tidak hanya terbatas kepada perkara menyentuh agama semata-mata,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta menjawab balas cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki pada majlis penutupan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, Jumaat lalu.

Dr. Asyraf menyarankan, perlu satu garis panduan dan muzakarah berterusan, dipelopori oleh ulama yang berperanan sebagai kuasa ketiga bagi membantu pemimpin negara yang mempunyai fahaman politik dan ideologi yang berbeza.

Aysraf dipetik sebagai berkata, ulama yang seharusnya memandu pemimpin dan negara kerana apabila ulama itu bercakap melangkaui mana-mana parti politik dan tidak terikat dengan mana-mana ideologi politik.

Tuan Ibrahim juga berkata, ‘kuasa ketiga’ itu bukan hanya terdiri di kalangan ulama sahaja malah perlu ditawarkan kepada kumpulan profesional yang mahir dalam bidang masing-masing untuk mencari jalan tengah kepada isu-isu berbangkit dikalangan pemimpin politik.

Justeru kerajaan pusat perlu melaksanakan tanggungjawab membetulkan dahulu urus tadbir negara dan melaksanakan sistem persekutuan secara adil sebelum muzakarah itu dimulakan.

“Isu utama sekarang ini mengenai pembangunan dan royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan, jika itu boleh dibincangkan dan didahulukan, apa salahnya kita duduk bincang,” ujar beliau.

Ditanya mengenai kegusaran parti komponen Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama yang ditawarkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang akan dilihat menjejaskan hubungan parti-parti komponen BN dengan Umno.

“Dari awal PAS sudah menegaskan kerjasama ini bukan bermakna PAS bergabung dengan Umno.

“Tetapi sebagai sebuah parti bertunjangkan Islam, PAS bertanggungjawab membantu penghayatan Islam dalam negara ini sama ada bekerjasama dengan kerajaan atau NGO atau sesiapa sahaja.

“Dalam kegusaran parti komponen BN itu, saya yakin Umno mampu menangani rakan komponen mereka,” ujarnya.

TAGS