Ulama Pas ajak umat Islam solat hajat untuk Rohingya

Ulama Pas ajak umat Islam solat hajat untuk Rohingya

Dewan Ulama Pas Pusat menyeru seluruh umat Islam bersama-sama berhimpun di Masjid Negara petang ini bagi menyatakan solidariti bersama etnik Rohingya.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dewan Ulama Pas Pusat menyeru seluruh umat Islam bersama-sama berhimpun di Masjid Negara petang ini bagi menyatakan solidariti bersama etnik Rohingya.

Ketua Penerangannya Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, himpunan itu bagi memberi isyarat bahawa Islam menolak keganasan dan kezaliman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya.

“Sudah sampai masanya tekanan diplomatik dihalakan sepenuhnya terhadap kerajaan Myanmar supaya bertindak dengan adil terhadap kezaliman yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Himpunan Solidariti Ummah petang ini dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia dengan kerjasama Lajnah Penerangan Pas Pusat, Dewan Ulama Pas Pusat, Dewan Muslimat Pas Pusat dan Kongres Rakyat serta NGO-NGO Muslim.

Ia akan dimulakan dengan solat Zohor berjemaah, solat hajat dan munajat, pidato pimpinan dan diakhiri dengan solat Asar berjemaah.

Etnik Rohingya beragama Islam dilaporkan ditindas dan dizalimi dengan kejam, mengakibatkan beribu-ribu penduduk berkenaan meninggalkan kampung halaman bagi mengelak daripada menjadi mangsa kekejaman yang didakwa melibatkan tentera negara itu.

“Terkini, serangan tidak berperikemanusian yang dilakukan terhadap masyarakat Rohingya disana melibatkan tentera Myanmar. Jumlah kematian mencecah 400 orang dan dipercayai jumlah tersebut lebih tinggi dari yang dilaporkan.

“430 buah kediaman dimusnahkan manakala ribuan yang lain menjadi pelarian. Apa salah mereka sehingga memaksa pihak tentera dan golongan “ekstrimis” Buddha mengambil tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini? Jelas sekali krisis kemanusiaan dan penghapusan etnik Rohingya sudah sampai di kemuncaknya,” katanya yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus.

TAGS