Ulama seru kerajaan suarakan bantahan kepada Amerika

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ustaz Ahmad Awang diiringi Pengarah Komunikasi AMANAH dan Ustaz Abdul Ghani ketika menghantar memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat.

Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia – Malaysia, Ustaz Ahmad Awang menyeru supaya kerajaan Malaysia segera menyatakan bantahan keras kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) ekoran keputusan untuk memindahkan kedutaannya ke Jeruselem dan sekaligus mengiktiraf kota suci itu sebagai ibu negara Israel.

Menurutnya, tindakan tersebut dibimbangi akan meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat yang pada masa ini terus bergolak .

“Mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel berimplikasi bahawa Masjid Al Aqsa akan berada dibawah penguasaan Israel sepenuhnya.

“Umat Islam Palestin dan di seluruh dunia sama sekali tidak akan menerima keputusan ini,” ujarnya yang juga Penasihat Umum AMANAH itu pada sidang media penyerahan memorandum bantahan di Kedutaan AS di ibu negara hari ini.

Pada masa sama, beliau menyeru negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk dan membantah keras tindakan Trump itu.

Kerajaan Malaysia juga, katanya perlu memberi tekanan kepada  OIC supaya mengadakan persidangan tergempar untuk membincangkan tindakan provokatif AS dan Israel.

Ustaz Ahmad turut menyeru agar semua negara Islam dan negara berdaulat yang lain bersatu menentang sebarang percubaan memindahkan ibu negara Israel ke Jeruselem.

Seruan sama juga kepada seluruh ulama dan organisasi Islam di merata dunia dalam membangkitkan kesedaran rakyat di negara masing-masing demi menentang rancangan jahat AS dan Zionis Yahudi untuk menguasai Jeruselem dan Masjid Al Aqsa.

Tidak terkecuali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dituntut agar menguatkuasakan Resolusi 478 dan resolusi-resolusi lain yang berkaitan untuk menyekat pencerobohan Israel ke atas Jeruselem.

Turut bersama Ustaz Ahmad dalam tuntutan itu ialah Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Asia, Ustaz Abdul Ghani Samsudin serta Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Ustaz Ahmad Awang membacakan kandungan memorandum.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 9.0
CATEGORIES
TAGS