Umat Islam perlu bersatu tentang DAP, kata Abdul Hadi

Umat Islam perlu bersatu tentang DAP, kata Abdul Hadi

 

 

 

 

 

 

Umat ​​Islam di Malaysia perlu bersatu menentang dan menggagalkan rancangan DAP yang dikategorikan sebagai parti sekular daripada memerintah negara ini, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Umat ​​Islam di Malaysia perlu bersatu menentang dan menggagalkan rancangan DAP yang dikategorikan sebagai parti sekular daripada memerintah negara ini, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata, majoriti orang Cina dalam DAP tidak mempunyai hak untuk membentuk kerajaan yang memerintah, kerana orang Islam melebihi bilangan orang Cina di negara ini, lapor Utusan Malaysia.

“DAP mempunyai rancangan yang lebih besar, lebih daripada sekadar mengawal ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam kita boleh memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

“Tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi Pas telah mengingatkan agar Umno kembali kepada Islam untuk perpaduan dan pengukuhan ummah,” kata Hadi dalam ceramahnya malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu  bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ujar Khalid pula, DAP yang majoritinya dianggotai orang Cina berjaya walaupun mereka hanya 30 peratus daripada penduduk negara ini.

“Mereka mengawal pendapatan  per kapita yang lebih tinggi dan saya percaya mereka mempunyai cita-cita yang lebih besar.

“Kami akan membentuk satu unit seperti sebuah badan bukan kerajaan untuk memantau (calon pilihan raya) di kalangan Melayu yang meletakkan diri mereka sebaris dengan DAP dan memastikan mereka tidak menang dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.

Khalid yang pernah menganggotai PKR dipecat daripada parti itu setelah enggan mengosong kerusi MB Selangor yang disandangnya bagi penggal kedua.

Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008 berkubur apabila Muktamar PAS Pusat tahun lalu membuat keputusan menamatkan kerjasama politik dengan DAP.

Baru-baru ini Pas telah menjalin hubungan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, sebuah parti berbilang kaum bagi membentuk apa yang dipanggil sebagai ‘blok politik ketiga’.

TAGS