Umno-BN akan kecundang jika Najib tidak fahami keluh kesah rakyat

Umno-BN akan kecundang jika Najib tidak fahami keluh kesah rakyat

 

 

 

 

 

Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kecundang dalam Pilihanraya Umum ke-14 kelak sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak memahami keluh kesah rakyat yang mahukan beliau melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kecundang dalam Pilihanraya Umum ke-14 kelak sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak memahami keluh kesah rakyat yang mahukan beliau melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

 Perkara ini ditegaskan oleh bekas Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Mad Arip apabila menyatakan apa yang beliau dengari daripada keluh kesah rakyat yang mahukan Najib melepaskan jawatannya.

“Saya bertemu dengan orang lama, bertemu rakan dari dalam Umno, NGO kita dapat dengar keluh kesah rakyat tentang apa yang sedang berlaku dalam negara ini.

“Keluh kesah ini boleh menyebabkan Umno-BN kecundang dalam PRU14 akan datang,” katanya dalam rakaman video daripada mukhrizmahathir fc yang dimuat naik di blog Umno Negeri Kedah, ketika beliau berucap dalam Majlis Bicara Isu Semasa di Pusat Khidmat Adun Air Hitam pada Ahad lalu.

Menerusi video itu Zahid berkata, kebanyakan rakyat sudah menunjukkan kebencian dan meluat mereka kepada Presiden Umno itu dan kemarahan ini diluahkan kepada Umno-BN.

“Saya bertanya apa nak jadi dengan Malaysia hari ini. Apa nak jadi dengan bangsa Melayu, apa nak jadi kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, apakah selepas PRU14 masih ada lagi perdana menteri orang Melayu, masih ada lagi hak istimewa orang Melayu, apa nak jadi?

“Ini kerana rata-rata kebencian dan meluat Najib di kalangan rakyat diterjemahkan dan dihalakan kepada Umno-BN.

“Tetapi akhir-akhir ini pestasi Umno-BN diragui sebab itu Tun Mahathir mencadangkan kepada rakyat demi keselamatan Umno-BN, Najib mesti diundurkan oleh rakyat sebelum menjelangnya PRU14,” ujar bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR ini yang kembali menjadi ahli Umno dan menyertai gerakan rakyat untuk mendesak perdana menteri melepaskan jawatan dengan menyokong Tun Mahathir dan Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dalam Deklarasi Rakyat.

TAGS