Umno dan Pas serupa

Umno dan Pas serupa

Non Muslim di Malaysia hari ini bukan seperti kafir Quraisy Mekah. Di sini tidak ada peperangan antara Muslim dan non Muslim*

Di sini Muslim tidak pernah dihalang beribadat dan tidak dihalau. Di sini Muslim dan non Muslim berjiran, satu pejabat, satu sekolah, sekampung bahkan ramai yg mempunyai hubungan darah dan kekeluargaan.

Berbeza agama adalah perkara biasa yang berlaku dengan kehendak Tuhan. Jika Muslim sayangkan agamanya dan yakin agamanya benar, non Muslim juga sayangkan agamanya dan yakin agamanya benar. Jika Muslim tidak mahu agamanya dihina, non Muslim juga tidak mahu agama mereka dihina.

Non Muslim di sini adalah warganegara. Mereka berhak menjadi calon pilihan raya, menjadi menteri atau exco jika mereka layak.
Mengundi mereka dalam pilihan raya bukan suatu kesalahan dari sudut agama kerana kedudukan mereka sebagai warganegara di sini adalah setaraf dengan kedudukan Muslim.

Mereka bukan kafir harbi kerana mereka tidak memerangi Islam dan orang Islam. Jika ada hal-hal tertentu yang mereka tidak setuju dengan Islam, itu tidak bermakna mereka memusuhi Islam dan umat Islam secara keseluruhan. Jika orang Islam sendiri pun ada hal tertentu yg dia tidak bersetuju dengan Islam, apatah lagi non Muslim.

Di sinilah letaknya peranan orang Islam dalam dakwah.

Ayat al-Quran tentang jihad memerangi non Muslim tidak wajar dibaca secara berasingan dengan ayat yang memerintah orang Islam berbuat baik kepada non Muslim.

Nabi sendiri tidak berperang dengan non Muslim 7 hari seminggu. Peperangan bukan pilihan tetapi berlaku dalam situasi yang sangat terdesak iaitu apabila dakwah terhalang dan halangan tidak boleh diatasi kecuali dengan peperangan.

Di sini dakwah tidak terhalang bahkan orang Islam boleh berdakwah kepada non Muslim 366 hari setahun di pasar, di jalan, di sekolah, di universiti bahkan di gereja dan biara jika Muslim mahu.

Dakwah di sini bukan tidak boleh, tapi Muslim tidak mahu. Muslim di sini, ramai yang rasa dirinya terlalu suci untuk mendekati non Muslim untuk tujuan dakwah.

Dari sudut politik, Umno memang suka kalau Muslim mencurigai non Muslim. Dengan kecurigaan itu,mereka berpeluang meniupkan sentimen perkauman, kononnya Islam dan Melayu terancam dan rakyat perlu bersama Umno demi Melayu dan Islam.

Di depan Melayu, Umno bercakap membela Islam. Di depan Cina, Umno cakap mereka membela semua bangsa. Hipokrit.

Pas yang kononnya berjuang Islam kebelakangan ini sudah termakan sentimen Melayu tiupan Umno. Pas yang dulunya anti asabiah Melayu kini selesa dengan sentimen kemelayuan dalam kerja-kerja politiknya.

Sasarannya ialah DAP. Oleh kerana Pas parti Islam, Pas label DAP anti Islam untuk menyokong usaha Umno yang melabel DAP anti Melayu. Kedua-dua parti itu seiring dalam memperalatkan sentimen agama dan bangsa untuk kepentingan politik.

Pas dan Umno sudah serupa langkah politiknya. Melayu rosak kerana Umno, Islam rosak kerana Pas.

 

CATEGORIES
TAGS