Umno di titik yang dekat dengan Pas

Umno di titik yang dekat dengan Pas

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mokhtar Senik berpandangan dasar Umno yang memperjuangkan Melayu dan Islam menjadi titik paling dekat dengan Pas berbanding DAP dalam menjalinkan kerjasama.

Beliau mendakwa DAP sangat takut jika ada ta’awun politik antara Pas dan Umno.

“Kerjasama tersebut akan membunuh cita-cita DAP. Sebenarnya perlu diketahui antara Umno dan DAP, Umno berada di suatu titik yang lebih dekat dengan Pas.

“Pertama sama-sama Muslim kedua sama-sama Melayu

“Jangan lupa bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan Melayu adalah bangsa yang menjadi tuan asal kepada Negara ini. Perlu diingat bahawa keutuhan dan perpaduan Melayu mempunyai pengaruh yangg besar ke arah ketuanan dan kedaulatan Islam,” katanya.

Mokhtar berkata, walaupun Islam untuk semua manusia dan qabilah di jazirah Arab. Namun keutamaan Qurayish tetap disebut oleh Rasulullah s.a.w. sebagai kabilah yg mendominasi jazirah tersebut.

Islam ujarnya lagi, akan lebih kukuh jika disokong oleh kuasa politik. Dan politik akan lebih kuat jika didokong oleh bangsa yang paling berpengaruh di dalam sesebuah negara.

Justeru itu ujarnya,  Melayu dan Islam perlu di rangkum bersama dalam agenda mendaulatkan Islam.

Beliau turut mempersoalkan tindakan DAP dan AMANAH dakwanya, kerap menyerang parti itu jika ada program sepentas dengan Umno.

“Mengapa DAP dan PAN selalu menyerang Pas jika ada program Pas sepentas dgn Umno? atau jika ada ‘statement’ Pas yang Umno setuju dan sebaliknya?,” soalnya di dalam status yang dimuat naik di laman facebooknya pada Rabu lalu itu.

CATEGORIES
TAGS