Umno hilang arah, perwakilan perlu tolak Najib, kata bekas pemimpin Umno

Umno hilang arah, perwakilan perlu tolak Najib, kata bekas pemimpin Umno

Perwakilan Umno perlu bersuara pada perhimpunan agung parti itu mulai 8 Disember ini kerana banyak isu integriti melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjejaskan kehidupan rakyat, kata bekas pemimpin Umno, Tamrin Tun Ghafar.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar

 Perwakilan Umno perlu bersuara pada perhimpunan agung parti itu mulai 8 Disember ini kerana banyak isu integriti melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjejaskan kehidupan rakyat, kata bekas pemimpin Umno, Tamrin Tun Ghafar.

“Sejak 2009 apabila Najib menggantikan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), dasar utama BN banyak berubah. Umno hilang arah apabila Najib menjadi Presiden,” ujarnya yang pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam.

Menurut anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba  ini lagi, usahanya pada 2012 lalu menggesa Najib supaya segera menyelesaikan 15 isu yang disenaraikan dalam sepucuk surat gagal mendapat perhatian Presiden Umno itu sebaliknya muncul pelbagai skandal baharu.

Antara 15 perkara yang telah dibangkitkan bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat itu ialah isu cincin RM24 juta, hubungan dengan Israel, semangat Melayu dan dasar ekonomi serta peningkatan kos sara hidup dan bantuan rakyat.

Sehubungan itu, Tamrin menyifatkan krisis kepimpinan Umno pada masa ini sudah tidak dapat disembunyikan lagi apatah lagi sudah wujud penolakan secara terbuka dari akar umbi termasuk dari selatan tanah air yang dianggap kubu Umno selama ini.

“Hanya sekarang bergantung pada sejauhmana gerakan daripada kumpulan pro Mahathir dan Muhyiddin mampu memberi tekanan kepada Najib pada perhimpunan agung Umno nanti.

“Desakan supaya Najib meletak jawatan begitu ketara ekoran pelbagai skandal termasuk kontroversi syarikat pelaburan negara sarat hutang idea Najib iaitu 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

“RM42 bilion (hutang 1MDB) itu satu jumlah besar. Ke mana perginya masih tanda tanya. Najib terlibat (dalam isu 1MDB) dari awal-awal lagi hingga sekarang,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline semalam.

Tamrin yang menarik diri dari PAS tahun lalu itu juga berkata, kepincangan pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno akan menerima hukuman setimpal pada masa akan datang.

“Saya penuh yakin apabila (Najib) hilang kuasa, beliau pasti akan ke penjara,” tegasnya yang merupakan bekas ahli Umno kira-kira 40 tahun itu.

TAGS