Umno Kedah dalam krisis, Mukhriz hilang sokongan

Umno Kedah dalam krisis, Mukhriz hilang sokongan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Krisis kepimpinan Umno yang disemarakkan dengan pengguguran Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal daripada kabinet kembali membara dengan tindakan 14 ketua bahagian Umno seluruh Kedah mengadakan sidang media mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri.

Keputusan yang dicapai oleh 15 wakil bahagian Umno negeri itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas perjumpaan tertutup yang berlangsung di Grand Alora Hotel, Alor Setar, pagi tadi.

Sehubungan itu, ujar beliau, seluruh kepimpinan Umno Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Seramai 14 ketua bahagian hadir dalam perjumpaan tersebut manakala bahagian Jerlun yang diketuai Mukhriz diwakili Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Othman Aziz.

Hadir sama ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN.

TAGS