Umno masih terbuka kerjasama dengan Pas, kata Annuar

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bersatu mendakwa 5 pemimpin ini menggagalkan kerjasama mereka dengan Pas.

 

Umno masih terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama dengan Pas termasuk bekerjasama dalam pilihan raya walaupun ditolak baru-baru ini, kata pemimpin kanan parti itu, lapor The Malaysian Insight.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Datuk Annuar Musa berkata keputusan muktamad mengenainya terpulang kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

“(Pintu) sangat terbuka, dari segi pemilihan kerjasama dengan PAas, kami telah memberikan mandat penuh kepada presiden,” kata Annuar kepada pemberita selepas sesi dialog Puteri Umno di Kuala Lumpur malam tadi, lapor portal online itu.

“Jadi kita akan menunggu keputusan beliau,” kata pemimpin Umno Kelantan dan juga ahli Parlimen Ketereh itu.

Beliau menambah yang sebarang bentuk kerjasama pilihan raya perlu melalui proses yang panjang dan menyeluruh bagi merapatkan jurang politik yang telah dibina selama beberapa dekad antara kedua-dua parti, lapor media itu lagi.

“Perlu sedikit masa bagi memposisikan mental kita kerana idea itu mungkin kelihatan aneh sekarang.

“Ia perlu melalui proses sepatutnya kerana ia bukan hubungan seperti DAP dan Bersatu,” kata Annuar merujuk kepada parti DAP yang dianggotai majoriti kaum Cina dan kaum Bumiputera dalam Bersatu yang berada dalam Pakatan Harapan (PH).

Annuar Musa berbaju hijau mahukan kerjasama dengan Pas menjadi kenyataan.

Komen Annuar ini susulan keputusan Pas membentuk gabungan politik ketiga yang dipanggil Gagasan Sejahtera yang akan bertanding dalam pelihan raya umum nanti.

Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan mengumumkan yang gabungan itu akan bertanding sehingga 100 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang dengan tujuan untuk mengambil alih Putrajaya.

Pendirian terbaru parti Islam itu bermakna ia akan bertanding menentang gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Dr Rais yang mula perkenalkan 5 pemimpin Pas sebagai tembikai, hijau di luar merah di dalam.

Sebelum ini, Pengarah Strategi Bersatu, Datuk Dr Mohd Rais Hussin berkata, lima pemimpin Pas yang beliau namakan sebagai ‘tembikai’ (hijau di luar, merah di dalam) menghalang kerjasama antara Pas dan Bersatu kerana mereka ada kepentingan dengan Umno.

Kelima-lima mereka adalah Pengarah Pilihan Raya yang juga Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Samsury, Ketua Penerangan Nasruddin Hassan, Pengarah Institut Pengajian Strategi (IPS) Datuk Dr Khairudin Aman Razali, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan AJK Pas Pusat, Nik Mohd Abduh Nik Aziz.

Pas juga telah tidak melantik kembali Datuk Mustafa Ali sebagai Pengarah Piluhan Raya kerana beliau dianggap bertentangan pendapat dengan kelima-lima mereka tadi.

Mustafa bersama timbalan presiden dan dua naib presiden Pas mahukan kerjasama dengan Bersatu dan PKR bukan dengan Umno.

 

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS