Umno khianat Melayu dan Islam, kata Zairil

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

UMNO adalah parti yang mengkhianati Islam sedangkan DAP tidak pernah anti Islam,demikian kata Ahli Parlimen (DAP) Bukit Bendera, Zairil Khir Johari bagi menjawab balas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 semalam.

Najib dalam ucapannya  berkata, rakyat hanya mempunyai dua pilihan; iaitu untuk mengundi parti yang dipimpin oleh Umno atau yang dikuasai oleh DAP. Jika pengundi menolak Umno mereka akan diperintah oleh orang-orang yang anti-Islam dan menolak perjuangan orang Melayu dan Bumiputera.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Zairil mendakwa Umno yang telah mengkhianati orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

“Bukan sahaja pembiayaan untuk Islam berlipat ganda berbanding zaman pentadbiran Barisan Nasional, tetapi peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah dimulakan buat kali pertama.

“Selain itu, bayaran tahunan juga telah dibuat kepada ‘huffaz’ (mereka yang menghafal Al-Quran) dan kelas Fardu Ain (kelas agama) dan guru-guru SAR.

Tambahan pula, kerajaan Negeri membelanjakan RM20 juta untuk mengambil alih tanah milik bukan Islam untuk dijadikan tanah perkuburan Islam,” jelas Zairil menerangkan  apa yang telah di lakukan oleh DAP sejak mengambil alih Pulau Pinang daripada Gerakan (BN) sejak memenangi pilihanraya umum yang lalu.

Zairil juga mengatakan timbul persolan siapakah yang  bertanggungjawab dengan skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) di negara ini, yang mana dana disumbangkan oleh orang ramai didakwa digunakan untuk membiayai seorang pemimpin wanita Umno dan keluarganya.

“Bagaimana pula dengan dakwaan penggunaan dana Tabung Haji untuk menyelamatkan 1MDB (1Malaysia Development Berhad)? Dan jangan lupa tentang skandal Mara, yang melibatkan pembelian hartanah di luar negara bernilai ratusan juta ringgit, pada harga yang dianggap terlalu tinggi?” soal beliau mendedahkan kepincangan Umno.

Beliau menambah adalah amat mustahil untuk orang Melayu hilang kuasa di negara ini sekiranya tidak menyokong Umno dan PAS.

“Bukan sahaja hampir semua institusi awam seperti perkhidmatan awam, polis, tentera dan badan kehakiman dikuasai oleh orang Melayu, tetapi ekonomi juga, kerana kebanyakan sektor dikawal.

“Jika tidak dimonopoli oleh ahli perniagaan Melayu dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diketuai oleh Melayu. “

Beliau berkata dari segi politik dan undang-undang, kedudukan orang Melayu tidak mungkin dicabar kerana sebarang pindaan yang menjejaskan hak orang Melayu diperlukan bukan sahaja majoriti dua pertiga di Parlimen tetapi juga kelulusan Majlis Raja-Raja.

Zairil kemudian dikemukakan sebab Najib membuat kenyataan ini adalah untuk memesongkan perhatian rakyat semasa perhimpunan agung itu berlansung,di tengah-tengah kontroversi beliau menjadi perdana menteri seperti isu 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion.

“Rupa-rupanya, perhimpunan Umno paling huru-hara dalam sejarah, Najib telah gagal untuk menguruskan persepsi dan kepercayaan rakyat Malaysia dan ahli-ahli parti sendiri, dan terpaksa mengambil jalan keluar dengan mengalihkan perhatian ditujukan kepadanya dengan mengulangi fitnah dan benar-benar tuduhan tidak berasas.” terangnya.

Najib, katanya, perlu berhenti memberi alasan dan cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat dari kegagalan pentadbiran beliau menggunakan taktik fitnah ketinggalan zaman.

TAGS