Usah dahului mahkamah, Faiz belum dibuktikan bersalah

Usah dahului mahkamah, Faiz belum dibuktikan bersalah

Prinsip keadilan Islam meletakkan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan ia terpakai dalam semua keadaan dan semua orang termasuk kepada bukan Islam, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Prinsip keadilan Islam meletakkan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan ia terpakai dalam semua keadaan dan semua orang termasuk kepada bukan Islam, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Mengulas mengenai isu Mohd Faiz yang yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, beliau berkata tuduhan yang dilempar terhadap pemuda itu seolah-olah beliau benar-benar bersalah walaupun belum diadili.

“Dalam isu Mohd Faiz, kita melihat komen dan tuduhan dilemparkan terhadap beliau di media-media sosial seolah-olah beliau telah bersalah sedangkan beliau belum diadili.

“Pada masa yang sama beliau juga telah menyatakan permohonan maaf diatas keterlanjuran tulisnnya itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, Mohd Faiz memohon maaf dengan menjelaskan status Facebooknya sebelum ini tidak berniat menghina Yang di-Pertuan Agong dan institusi Raja-Raja sebaliknya hanya mahu melihat kuasa Majlis Raja-raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan Melayu di negara ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagaimanapun berkata, pihaknya akan tetap meneruskan siasatan terhadap Mohd Faiz walaupun beliau telah memohon maaf.

Mohamad berharap peguam-peguam dari Biro Undang-undang Amanah (Kanun) akan membela Mohd faiz jika beliau dihadapkan ke mahkamah.

“Jika Mohd Faiz dihadapkan ke mahkamah, saya harap peguam-peguam dari Biro Undang-Undang AMANAH (Kanun) akan memainkan peranan dan pembelaan sebaiknya kepada beliau.

“Semoga keadilan dan kesejahteraan dapat ditegakkan,” katanya.

 

TAGS