Ustaz Ahmad Awang rakam takziah atas pemergian Mursyidul Am Pas

Ustaz Ahmad Awang rakam takziah atas pemergian Mursyidul Am Pas

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

“Kami menerima berita sedih pemergian ke alam baqa’ Tuan Guru Datuk Dr Harun Din al Mursyidul Am Pas,” kata penasihat umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang.

Sebagai penasihat umum Parti Amanah Negara (Amanah), beliau bersama Timbalan dan sekalian anggota parti Amanah melahirkan rasa dukacita dan kesedihan atas kehilangan seorang tokoh ulama tanah air yang tersohor lagi berjasa.

“Beliau telah menyumbang dalam pelbagai bidang ilmu dan keahlian termasuk bidang kewangan dan perbankan Islam yang Allahyarham pernah berkecimpung dengan saya sebagai panel syariah perbankan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemergian Allahyarham katanya bukan sahaja amat dirasai oleh pimpinan dan ahli Pas sahaja malah seluruh kaum muslimin di Malaysia.

“Kami berdoa agar roh Allahyarham dalam kumpulan bersama roh para Syuhada’ dan solihin di dalam Syurga Jannatunnaim.

“Kami percaya kehilangan beliau sukar dicari ganti,” katanya.

Beliau mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dengan iringan doa dan perbanyakkan sabar.

“Semoga semua tabah menerima kepulangan Allahyarham ke hadhrat Tuhan Rabbuljalil,” katanya.

TAGS