Utamakan rakyat bukan janji kosong

Utamakan rakyat bukan janji kosong

Perjuangan dan pengorbanan tokoh terdahulu yang membawa kepada penubuhan Malaysia mempunyai sejarah tersendiri yang penuh warna-warni, kata Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah Nasional, Mazlan Aliman.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Perjuangan dan pengorbanan tokoh terdahulu yang membawa kepada penubuhan Malaysia mempunyai sejarah tersendiri yang penuh warna-warni, kata Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah Nasional, Mazlan Aliman.

“Sambutan Hari Malaysia menjadi begitu bermakna jika kepentingan rakyat sentiasa diutamakan, bukan janji kosong dan retorik yang di ulang-ulang oleh pemimpin.

“Jurang antara pemimpin dengan rakyat makin besar. Meskipun kaya dengan sumber petroleum dan khazanah alam, hidup rakyatnya kekal mundur,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Perjanjian 18 dan 20 perkara yang menjadi asas penyertaan Sabah dan Sarawak dan pemberontakan besar-besaran di Brunei pada 1962 yang menyaksikan Brunei tidak dimasukkan dalam Malaysia harus menjadi pengajaran pada generasi hari ini.

Turut wajar memberi iktibar, ujarnya, adalah tuntutan Filipina ke atas Sabah serta isu-isu yang melingkari Singapura sehingga keluar dari Malaysia pada 1965.

“Adakah Sabah dan Sarawak masih ketinggalan jauh dari Semenanjung dalam konteks pembangunannya seperti yang didakwa, hingga kadangkala menjadi sentimen dan perasaan tidak puashati rakyat?

“Sejauh mana kemakmuran dan jaminan keselamatan hingga isu sempadan, serangan pengganas atau lanun seperti di Lahad Datu yang menakutkan rakyat ditangani?” soalnya.

Menurut Mazlan lagi, agenda perpaduan masyarakat majmuk tidak dapat dikecapi secara adil jika isu perkauman dan agama dimanipulasi untuk kepentingan politik.

TAGS