Video  dedah kelemahan pasukan keselamatan menteri harus bertanggungjawab

Video dedah kelemahan pasukan keselamatan menteri harus bertanggungjawab

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengasas SAMM Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard mendedahkan video penyamaran seorang wartawan Indonesia sebagai Pekerja Asing Tanpa Izin (Pati) dari Indonesia yang menyelinap masuk ke Malaysia.

Video berdurasi 10 minit itu diterbitkan oleh Transmedia Indonesia merakamkan penyamaran wartawan tersebut sebagai ‘ Tenaga Kerja Indonesia’ (TKI) yang masuk secara haram melalui sindiket ke negara ini melalui Tawau, Sabah.

Dia menaiki bot di siang hari dan berselisih dan melepasi sekatan polis. Tiba dengan selamat hanya dengan bayaran serendah RM50 ke RM100 sahaja.

“Tidak perlu tentera atau pengganas bersenjata cukup hanya bot ‘pancung’ dengan warga Indonesia mampu melepasi sempadan yang kononya diisytihar sebagia ESSZONE atau ESSCOM.

“Berapa banyak benda salah seperti dadah, senjata dan seumpamanya melintasi sempadan dengan mudah dan ia lalu depan pasukan keselamatan tetapi semuanya ‘ditutup mata’ kerana sudah tentu rundingan sudah dilakukan awal,” ujarnya seperti dipetik daripada blog beliau.

Katanya Video ini harus menjadi ‘wake up call’ kepada rakyat negara ini.

“Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan yang juga sepupu kepada Perdana Menteri wajib bertanggungjawab.

“Penjelasan harus diberikan, tindakan harus dilakukan terhadap siapa yang bersalah dalam video tersebut jelas kelihatan anggota keselamatan terbabit. Jika tidak anda berdua wajib letak jawatan.

“Keselamatan rakyat dan kedaulatan negara hanya mainan terhadap koruptor ini. Rakyat wajib bangkit menentang,” ujarnya.

Rakaman video itu boleh dilihat di link: https://www.facebook.com/motongotah/videos/1850914358477760/

TAGS