6 pesakit maut, wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru terbakar

6 pesakit maut, wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru terbakar

Polis dan Bomba mengesahkan, enam pesakit  maut ekoran kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru pagi ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Polis dan Bomba mengesahkan, enam pesakit maut ekoran kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru pagi ini.

Antara pesakit yang dibawa keluar dari hospital selepas ia terbakar.Menurut saksi, Bomba menerima panggilan kecemasan jam 8.55 pagi tadi dan sampai ke lokasi kira-kira jam 9. 10 pagi.

Kebakaran dikatakan berlaku di tingkat 2 bangunan itu yang menempatkan wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Saksi yang melihat kejadian itu berkata, ramai pesakit di bawa keluar dari bangunan itu tetapi tidak diketahui nasib pesakit yang sedang menerima rawatan di wad ICU itu.

Ini kerana, ramai antara mereka yang memakai ‘ventilation’ yang bergantung kepada tangki oksigen dan tenaga elektrik.

Enam pesakit disahkan meninggal dunia

Enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

“Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali,” katanya.

Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Sementara itu Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata lima mayat dijumpai kira 11.15 pagi manakala seorang lagi sebentar tadi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu.

Berikut adalah senarai nama pesakit yang terkorban dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi, Tingkat Dua, Hospital Sultanah Aminah, hari ini.

Senarai nama empat wanita dan dua lelaki yang terkorban itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat.

Pesakit yang maut dikenali sebagai 1. K. Logeswaran, 20; Choo Lin Fung, 37; Tow Ah Wah, 60; Yusuf Hasan, 53; M. Kaliama, 23 dan C. Neeramala Devi, 24 tahun.

 

 

TAGS