Wakil Amanah Dun Kelantan buktikan sikap peduli rakyat

Wakil Amanah Dun Kelantan buktikan sikap peduli rakyat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Suara wakil Amanah dalam persidangan Dun Kelantan yang berakhir semalam membuktikan parti itu memberi fokus terhadap masalah rakyat dan berusaha mencari penyelesaian yang berpihak kepada mereka.

Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Aiman Athirah berkata walaupun kesaorangan, beliau telah membuktikan fokus parti Amanah adalah jelas iaitu membela rakyat tertindas.

Amanah diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa di Dun Kelantan. Husam menyertai Amanah setelah dipecat daripada Pas.

“Saya tidak sempat ikuti keseluruhan persidangan tapi dengan sempat melihat klip video penggulungan dua exco. Apa yang saya lihat itu sudah cukup membuktikan memang betul apa kata Pengerusi Amanah Kelantan bahawa seorang Adun kita ada keupayaan serupa 10 Adun lain,” katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis perasmian Angkatan Wanita Amanah (Awan) di Kota Bharu pagi ini.

Beliau turut mengingatkan ahli Amanah untuk meneruskan apa yang telah diperjuangkan arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kita yakin walaupun Tok Guru telah tiada namun apa yang beliau perjuangkan tetap terus relevan sampai bila-bila.

“Sebagai contoh berkenaan perhimpunan Bersih, sejak Bersih pertama dan sepanjang hayat beliau, dia suruh kita sokong Bersih.

“Jadi kalau ada orang kata jangan sertai Bersih siapa agaknya yang betul, arwah Tok Guru atau orang itu,” katanya.

TAGS