Walau sedih dihalang ke Dataran Merdeka, KLCC saksi sejarah

Walau sedih dihalang ke Dataran Merdeka, KLCC saksi sejarah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

 

Mungkin ramai anak-anak yang menyertai Bersih 5 kecewa kerana tidak dapat meneruskan agenda asal untuk menawan Dataran Merdeka.

“Namun kita tetap berjaya kerana telah menawan perkarangan KLCC di mana seluruh dunia melihat anak warga Malaysia berkumpul di tengah ibu kota.

“Saya juga sempat berjumpa anak muda dan mahasiswa yang baru pertama kali menyertai bersih,” kata Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Mewakili Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kelantan, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah atas kehadiran dan komitmen anak muda di Himpunan Bersih 5.0 terutamanya anak muda Kelantan yang sanggup berkonvoi dari jauh semata-mata untuk menegakkan suara rakyat tertindas menerusi medium demokrasi Bersih 5.

“Kehadiran anak muda walau terpaksa mengeluarkan duit sendiri dan memandu jauh menunjukkan anak muda kini nekad untuk membuat perubahan.

“Meskipun kita semua tahu iklim politik Malaysia kini tidak menentu, namun kita masih punya harapan apabila anak muda bijak membuat pilihan untuk terus ‘istiqamah’ menjadi agen perubahan,” katanya.

Bendera Kelantan yang berkibar megahdi Himpunan Bersih 5 katanya, menandakan anak watan Kelantan tetap bersama BERSIH walaupun terdapat segelintir pemimpin dan individu yang dulunya bersama BERSIH kini meninggalkannya, bahkan senada dengan UMNO dan Barisan Nasional mengejek dan memperlekeh usaha Bersih 5..

“Tanpa arahan mana-mana parti, anak muda yang tidak berparti tetap hadir kerana tahu akan kepentingan untuk bersama dengan arus mereka yang melawan Barisan Nasional dan sekutunya untuk memastikan rakyat dan negara diselamatkan dari kehancuran di bawah pentadbiran kerajaan korup Umno-BN dan ketuanya Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Beliau turut memuji gelagat anak-anak muda di Australia menyambut bersama Bersih 5.

“Bendera Bersihbersama bendera Kelantan dan bendera Amanah berkibar di Australia menjadi satu tanda kebersamaan dan hadiah istimewa dari sahabat di sana,” katanya.

Himpunan Bersih 5katanya berlaku secara aman tanpa huru-hara.

“Memang kita berpegang pada prinsip demonstrasi aman.

“Walaupun 12 laluan utama yang dirancang telah dihalang peserta baju merah dan polis untuk peserta Bersih 5.0 menuju ke Dataran Merdeka, namun anak muda tidak mengalah dan meneruskan perjalanan ke KLCC apabila mendapat maklumat Himpunan BERSIH 5.0 bertukar ke KLCC,” katanya.

Beliau menyatakan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen PAS Kelantan yang turut hadir bersama Bersih 5. Ini menunjukkan sikap rasional dan kematangan dalam berpolitik

“Pesta demokrasi yang aman ini menunjukkan kita berjaya satukan tenaga untuk membina Malaysia Baru.

“Tahniah anak muda! Teruskan momentum perubahan, satukan tenaga menuju Malaysia baru,” katanya.

TAGS