Wan Azizah naik ‘teksi’ di Kota Bharu simbol pelancaran Bersih 5

Wan Azizah naik ‘teksi’ di Kota Bharu simbol pelancaran Bersih 5

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diarak dengan ‘teksi’ (panggilan untuk beca di Kelantan), sebagai simbolik pelancaran (flag off) konvoi Bersih 5 peringkat negeri Kelantan.

Konvoi berkenaan akan berkembara ke seluruh negeri Kelnatan sebelum menghantar obor ke sempedan negeri Terengganu. 

Sebelum itu ketika berucap, Wan Azizah berkata rakyat Malaysia harus malu dengan sistem pilihan raya kita yang penuh dengan kesamaran dan penyelewengan.

“Saya sendiri bila berada di luar negara berasa malu nak mengaku wakil rakyat Malaysia kerana semua orang mencemuh sistem kita yang tidak adil.

“Semua rakyat tanpa mengira parti mesti ikut serta menuntut pilihan raya bersih ini kerana bila ada pilihan raya bersih barulah rakyat mendapat hak mereka tanpa penipuan dan penyelewengan,” katanya.

Kumpulan konvoi Penarik Beca juga tidak ketinggalan menyertai bersama Konvoi Bersih 5 hari ini.

TAGS