Wan Azizah seru rakyat bersatu lawan kejahatan dan kegelapan

Wan Azizah seru rakyat bersatu lawan kejahatan dan kegelapan

Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat menanam tekad dan bersatu tenaga melawan kejahatan dan kegelapan dalam negara ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada rakyat Malaysia yang beragama Hindu, Sikh dan Jain.Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat menanam tekad dan bersatu tenaga melawan kejahatan dan kegelapan dalam negara ini.

Dalam ucapan sempena Deepavali yang disambut hari ini, Wan Azizah berkata, kemeriahan Deepavali tahun ini seolah-olah suram akibat keadaan ekonomi yang semakin merudum.

“Deepavali adalah perayaan meraikan kemenangan cahaya ke atas kegelapan, dan kebaikan ke atas kejahatan. Dan seperti yang kita semua tahu, Deepavali sering disambut dengan begitu meriah sekali.

“Namun, kemeriahan sambutan Deepavali tahun ini bagai berkurangan, akibat kesuraman ekonomi yang melanda negara, bukan sahaja akibat dasar yang menindas seperti GST, tetapi juga salah tadbir yang memungkinkan budaya rasuah, penyelewengan dan ketirisan. Lantas rakyat terpaksa mengikat perut dan lebih berjimat-cermat, walau sewaktu musim perayaan seperti ini,” katanya yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata, dalam keadaan ini, rakyat mengharapkan agar pembentangan Bajet 2017 dapat memberi sinar baru dengan menyuluh jalan ke arah langkah-langkah pemulihan ekonomi.

“Namun, bajet tahun depan nampaknya gagal memberi berita gembira untuk memangkin perkembangan ekonomi. Yang ada hanyalah pemotongan dana seperti untuk IPTA dan subsidi yang cukup diperlukan rakyat, dan pengumuman beberapa pemberian yang jika diteliti akan mendatangkan mudarat di masa hadapan.

“Malah pelbagai masalah dasar seperti rasuah dan salah tadbir kelihatan tidak mampu diatasi Putrajaya, mengakibatkan negara telus diselubungi kegelapan negara,” katanya lagi.

Deepavali bagi masyarakat India bermaksud cahaya yang menjadi penyuluh kepada harapan, kebahagiaan dan kemenangan.

Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan serta kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan sebagai jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu.

TAGS