Wanita Amanah Kelantan rasai kedaifan rumah transit mangsa bah kuning

Wanita Amanah Kelantan rasai kedaifan rumah transit mangsa bah kuning

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kesulitan yang masih dirasai mangsa banjir kuning 2014 turut dikongsi Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kelantan apabila berkesempatan menziarahi mereka yang masih ditempatkan di rumah transit di Kuala Krai.

Rombongan diketuai bendahari Awan Negeri, Puan Ramlah Che Musa sempat beramah mesra dengan penduduk khususnya dalam kalangan wanita yang jelas daif dan amat memerlukan perhatian masyarakat.

Menurut ketua Awan Kuala Krai, Puan Rosmah Abdullah, situasi rumah transit memang kurang sempurna kerana ia didirikan untuk penempatan sementara menunggu rumah tetap yang dijanjikan.

“Ruang rumah memang sempit dengan hanya satu bilik, tiada ruang dapur dan bilik air dikongsi,” katanya.

“Kita di sini berterima kasih kerana pihak Awan dapat berkunjung dan menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian,” katanya.

Seorang penghuni yang sakit, Wan Norashikin Wan Razali turut diziarahi rombongan.

“Norashikin, 29 tahun mengalami masalah kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang menjaga anak kecil berusia 18 bulan.

“Suaminya juga uzur dan tidak boleh bekerja berat,” katanya.

Melihat keadaan daif itu katanya, pihak Awan akan mengadakan ziarah susulan.

“Insya Allah sebelum buka sekolah nanti kami akan datang lagi membantu mereka menghadapi keperluan buka sekolah awal tahun nanti,” katanya.

Turut menyertai rombongan itu adalah ahli jawatankuasa Awan negeri, Datin Khadijah Abdul Majid, Ketua Awan Kubang Kerian dan Mardian Osman.

12 orang menyerahkan borang untuk menyertai Amanah Apa yang menarik semasa ziarah itu seramai 12 orang penghuni rumah transit itu menyertai Amanah dan menyerahkan borang keahlian mereka.

 

 

 

 

 

 

TAGS