Wanita Amanah Kelantan sediakan sarapan untuk Orang Asli

Wanita Amanah Kelantan sediakan sarapan untuk Orang Asli

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) negeri Kelantan pagi tadi turut menyumbang sarapan pagi kepada Orang Asli yang berhimpun di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi mendengar dua kes mahkamah yang melibatkan komuniti itu.

Timbalan ketua Awan Kelantan Norashidah Jaafar berkata pihaknya menyediakan nasi lemak serta kuih-muih dan minuman sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan orang asli.

“Orang Asli adalah saudara kita yang menjadi tetamu kita di Kota Bharu hari ini, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi layanan baik kepada ,” katanya ketika ditemui semasa pihak awan mengagih-agihkan makanan di perkarangan pejabat Amanah negeri berdekatan bangunan mahkamah.

Turut bersama meraikan Orang Asli berkenaan ialah penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa, naib pengerusi Amanah negeri Che Ibrahim Muhammad, ketua pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan dan beberapa ahli jawatankuasa negeri kira-kira seratus Orang Asli yang berhimpun sejak awal pagi disantuni oleh Datuk Husam serta pimpinan Amanah negeri sehingga kes perbicaraan berakhir menjelang tengahari.

Kedua-dua kes yang dibicarakan pagi tadi memihak kepada masyarakat Orang Asli.

Jamali AyauSetiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Jamali Ayau berkata dalam kes pertama tiga Orang Asli dikekalkan hukuman tidak bersalah oleh mahkamah hari ini.

“Manakala bagi kes kedua di mana wakil-wakil Orang Asli dari Pos Balar yang memohon diberi hak kepada Orang Asli berkenaan tanah kediaman dan tanah adat telah mendapat persetujuan dari mahkamah hari ini,” katanya.

Pihak Orang Asli katanya akan menggunakan keputusan mahkamah hari ini bagi menuntut mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti di kawasan Orang Asli melalui rundingan atau mekanisma-mekanisma lain yang wajar.

Keputusan yang memihak kepada Orang Asli ini disambut gembira rombongan berkenaan dengan sorakan gemuruh di luar kamar sehingga ke perkarangan mahkamah.

Kumpulan itu kemudian berkumpul di perkarangan mahkamah untuk sessi bergambar dengan para peguam serta pimpinan Amanah negeri.

ni Sebahagian Orang Asli  wanita yang turut hadir di mahkamah hari ni untuk pertahankan tanah adat mereka.

TAGS