Wanita Bahagian Jerlun mahu tangguh tukar MB selepas PRU14

Wanita Bahagian Jerlun mahu tangguh tukar MB selepas PRU14

Wanita Umno Bahagian Jerlun menyarankan kepada pucuk pimpinan parti supaya menangguhkan pertukaran jawatan Menteri Besar Kedah sehingga PRU14, agar rakyat dan pengundi tidak marah kepada parti pemerintah kata Naib Ketuanya, Rohani Mat Aris.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Wanita Umno Bahagian Jerlun menyarankan kepada pucuk pimpinan parti supaya menangguhkan pertukaran jawatan Menteri Besar Kedah sehingga PRU14, agar rakyat dan pengundi tidak marah kepada parti pemerintah kata Naib Ketuanya, Rohani Mat Aris.

“Bagilah peluang kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Kedah, sebab ini juga sebahagian daripada manifesto BN pada PRU13 lalu, jika kedah berjaya merampas semula negeri ini.

“Bila jadi macam ini (iaitu tukar menteri besar), mereka akan patah hati. Tahulah kemungkinan akan jadi. Siapa nak tanggung risiko kalau ini semua terjadi,” katanya dipetik dari Sinar Harian online.

Menurutnya, Umno sudah tentu tidak mahu hidup sebagai pembangkang semula di Kedah seperti yang pernah berlaku pada 2008

“Kenapa baru sekarang nak tukar dengan alasan yang bermacam-macam, sedangkan semasa nak lantik dia (Mukhriz), kita pun tahu dia masih orang baharu,” katanya

Pada Rabu lalu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan 14 Bahagian Umno Kedah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan  Mukhriz  sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

TAGS