Warisan tidak sertai PH, kerjasama dengan  pembangkang Sabah

Warisan tidak sertai PH, kerjasama dengan pembangkang Sabah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak akan bergabung dengan blok pembangkang dari Semenanjung, kata presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanapun, katanya, partinya akan memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Warisan lebih memberikan tumpuan di Sabah dengan mengadakan kerjasama dengan beberapa parti pembangkang di negeri itu, katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen semalam.

Mengulas mengenai ketidakhadirannya pada Konvensyen Pakatan Harapan pada Sabtu lepas, Shafie, yang juga Anggota Parlimen Semporna, berkata beliau sedang melakukan jelajah di kawasan Kudat, Sabah, pada hari tersebut.

TAGS