Warna warni sekitar Konvensyen Amanah Nasional ke -2 di Alor Setar

Warna warni sekitar Konvensyen Amanah Nasional ke -2 di Alor Setar

Sekitar berlansungnya Konvensional AMANAH Nasional ke-2 yang diadakan pada 21-22 Oktober 2017 di Hotel Signature, Alor Setar Kedah berjaya mengumpulkan kehadiran seramai 798 perwakilan seluruh negara.

Pemimpin utama Pakatan Harapan turut hadir pada hari pertama persidangan memberikan ucapan antaranya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dari DAP diwakili Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

LENSA merakamkan seputar acara dua hari berlansung.

Perwakilan memenuhi dewan untuk mendengar Pidato Presiden Mohamad Sabu.

 

Parti AMANAH Negara (AMANAH) membawa agenda perubahan kepada pembangkang kerana membuka pendekatan dan konsep baru politik sehingga terbentuknya Pakatan Harapan.

 

Apa yang dibicarakan oleh Sasterawan Negara A. Samad Said (kiri)  dengan Tun Dr Mahathir Mohamad disambut tawa oleh Penasihat Amanah Ustaz Ahmad Awang.

 

Presiden Amanah melancarkan buku’Tekal Berjuang’ memoir Anuar Tahir

 

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil turut melancarkan bukunya Kleptokrasi Bukan Rahmat .

 

Penasihat AMANAH Datuk Husam Musa (kanan) menyambut ketibaan barisan pimpinan Amanah Nasional di pentas utama.

 

Promosi beras super impot keluaran Amanah Kelantan.

 

Drone digunakan dalam pelancaran lagu ARIF

 

Sebahagian perwakilan meneliti Buku Laporan Tahunan yang diedarkan untuk semakan.

 

Sebahagian Perwakilan yang hadir dalam Konvensyen Amanah Nasional ke-2.

 

Barisan perwakilan yang terdiri daripada ahli Angkatan Wanita Amanah Nasional.

 

Malam Gong Langkasuka mengetengah artis tempatan Wan Aishah Wan Rahim dan To’ki selain  deklamasi  sajak oleh Pak Samad dan pengisahan negeri Kedah yang dibacakan oleh Datuk Raja Kamarul Bahrin dan Hasnol Baharuddin.

 

 

 

711 total views, 8 views today

CATEGORIES