WSJ lapor Najib  terima lebih AS$1bilion dalam akaun peribadi

WSJ lapor Najib terima lebih AS$1bilion dalam akaun peribadi

 

 

 

 

 

Wall Street Journal (WSJ) hari ini sekali lagi melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menerima lebih daripada AS$1bilion jauh daripada anggaran awal yang dimasukan ke dalam akaun peribadi beliau sebelum ini datang daripada beberapa dana dari Malaysia menurut penyiasat antarabangsa.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Keratan akhbar WSJ hari ini memaparkan muka hadapan mengenai isu RM2.6bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.Wall Street Journal (WSJ) hari ini sekali lagi melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menerima lebih daripada AS$1bilion jauh daripada anggaran awal yang dimasukan ke dalam akaun peribadi beliau sebelum ini datang daripada beberapa dana dari Malaysia menurut penyiasat antarabangsa.

Dengan tajuk “ Pemimpin Malaysia terima AS$1bilion’ (Malaysia Leader Receive $1bilion) penyiasat mempercayai laporan bercanggah telah dibuat oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Mengiku laporan WSJ, tahun lalu dalam satu kenyataan Peguam Negara dipetik sebagai berkata, sejumlah AS$ 681 juta (RM2.6bilion)  telah dimasukkan ke akaun Najib sebagai derma yang disumbangkan oleh keluaga diraja Arab Saudi dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dipulangkan semula oleh Najib.

Penyiasat daripada dua buah negara itu bersetuju sebahagian AS$681 telah dikembalikan, dan mempercayai wang itu daripada 1MDB sebuah anak syarikat milik kerajaan yang diasaskan oleh Perdana Menteri.

Penyiasat percaya wang itu bergerak melalui satu transaksi yang kompleks di beberapa buah negara lain dan dengan bantuan dua pegawai dari Abu Dhabi yang mempunyai hubungan terus dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penyiasat itu memberi tumpuan kepada satu entiti yang dipercayai adalah salah satu saluran penting iaitu sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama dengan sebuah syarikat di Abu Dhabi dikenali sebagai Aabar Investment PJS.

Dilaporkan 1MDB telah membayar lebih daripada AS$1bilion kepada Aabar – tanpa menyatakan nama penuh.

Penyiasat percaya wang yang mengalir kepada firma sama, nama yang telah didaftarkan di British Virgin Island dari sana telah membuat pusingan memasukkan AS $681 ke akaun Najib.

TAGS