WSJ: Ratusan pekerja Petronas mungkin diberhentikan

WSJ: Ratusan pekerja Petronas mungkin diberhentikan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ratusan pekerja Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berdepan kemungkinan terpaksa mencari kerja baru ekoran langkah pengurangan pekerja syarikat gas dan minyak itu, lapor agensi berita antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ).

Laporan berkenaan menyebut, Petronas sedang meneliti untuk memotong lebih 700 kerja susulan harga minyak yang terus-terusan rendah.

Ia juga memetik kenyataan Petronas pada Selasa lalu yang menyebut syarikat itu terus menyemak semula strategi perniagaan dan tahap perjawatan untuk menyesuaikan dengan perubahan itu.

“Amalan transformasi” itu melibatkan keseluruhan kumpulan Peronas, termasuk di peringkat anak syarikat.

“Lebih banyak maklumat akan didedahkan pada masa yang sesuai,” Petronas dilaporkan sebagai berkata sebagaimana dipetik Selangorkini.

Syarikat itu pada Mac lalu mengumumkan bahawa lebih 1,000 kerja bertindih bawah amalan transformasi itu dan usaha sedang dilakukan untuk menempatkan semula pekerja-pekerja terjejas.

Menurut WSJ, Petronas mempunyai 53,000 pekerja setakat penghujung tahun lalu, berdasarkan laporan tahunannya.

Pada Ogos lalu, sebanyak 86 peratus keuntungan Petronas berkurangan pada suku terakhir susulan harga minyak yang murah.

TAGS