Wujudkan Akta Kesaksamaan Gender dalam manifesto Pakatan Harapan

Wujudkan Akta Kesaksamaan Gender dalam manifesto Pakatan Harapan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Teo Nie ChingPenolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP Teo Nie ching mencadangkan akta kesaksamaan gender dimasukkan dalam manifesto Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Ini katanya bagi melindungi nasib wanita di tempat kerja yang selalu menjadi mangsa diskriminasi gender.

“Ini bagi melindungi nasib wanita di tempat kerja. Saya bangkitkan isu seorang guru sandaran yang ditamatkan kontrak hanya kerana mengandung.

“Guru tersebut bawa kes ke mahkamah Shah Alam dan tindakan kerajaan terhadapnya didapati menyalahi perlembagaan,” katanya dalam pidato di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Beliau merujuk kes Noorfadilla Ahmad Saikin, bekas guru ganti yang ditamatkan perkhidmatannya hanya kerana beliau mengandung.

Pada 10 November lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan mengekalkan keputusan dibuat pada tahun 2011, dengan mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi RM300,000 kepada Noorfadilla kerana memecatnya.

Ahli parlimen Kulai itu juga mahu Pakatan Harapan menunjukkan sikap yang berbeza daripada BN yang tidak peduli rakyat denganmewujdukan jawatankuasa bertindak.

“Wujudkan task force untuk menangani isu anak-anak tanpa sah taraf atau tanpa kewarganegaraan. Saya yakin bukan sedikit kes ini malah ada orang Melayu datang jumpa saya mengadu hal sama,” katanya.

TAGS