Yadim seru rakyat sokong semua bantuan disalur kepada etnik Rohingya

Yadim seru rakyat sokong semua bantuan disalur kepada etnik Rohingya

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Majlis Amal Islami Malaysia (Maim) menyeru seluruh umat Islam serta masyarakat Malaysia menyokong segala usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak dalam menyalurkan bantuan kepada etnik Rohingya.

Yang Dipertua Yadim Dr Yusri Mohamad merangkap Pengerusi Maim berkata, kerajaan Myanmar perlu membenarkan pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan media luar masuk untuk memantau dan membuat siasatan terperinci dan telus tentang tahap sebenar krisis kemanusiaan di Arakan.

“Kami menyeru rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa terus mendesak kerajaan Myanmar menghentikan layanan buruk mereka terhadap etnik Rohingya.

“Yadim dan Maim mengecam tindakan kerajaan Myanmar yang membiarkan terjadinya pembunuhan beramai-ramai penduduk etnik Rohingya di negara berkenaan.

“Tindakan dan layanan buruk berkenaan bukan sahaja mencabul hak asasi manusia tetapi juga di luar batas kemanusiaan kerana membunuh orang yang tidak berdosa termasuk wanita, wanita mengandungkanak-kanak dan warga emas,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

TAGS