Yang kuat jangan ego, yang lemah sedar diri, kata Zuraidah

Yang kuat jangan ego, yang lemah sedar diri, kata Zuraidah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamarudin meminta semua pihak yang merasa diri mereka kuat mengurangkan ego mereka manakala yang lemah pula menyedari realiti itu.

Zuraidah Kamarudin“Kepada mereka yang rasa kuat, kurangkanlah ego itu. Kepada yang lemah kita harap sedar realiti itu,” kata Zuraidah ketika berucap di Konvensyen Pertama Pakatan Harapan hari ini.

Bagi beliau, dengan cara itu semua perkara akan berjalan lancar termasuk usaha untuk satu lawan satu berlaku dalam pilihan raa umum nanti.

“Wanita Keadilan akan menggembleng tenaga untuk gerakkan gelombang kempen satu lawan satu,” katanya.

Bagi beliau, selepas pilihan raya umum ke 13, Pakatan Rakyat telah berkubur walaupun menang empat negeri.

Namun, katanya, dalam masa yang sama Umno juga telah pincang.

“(Tun Dr) Mahathir keluar Umno buat Deklarasi Rakyat. (Tan Sri) Muhyiddin keluar Umno dan sekarang menubuhkan Bersatu. (Datuk Seri) Shafie Apdal juga sama.

“Ini masa terbaik untuk kita semua bersatu gabungkan tenaga untuk menggantikan kerajaan Umno BN,” katanya.

TAGS