Zakir Naik penduduk tetap bukan warganegara Malaysia

Zakir Naik penduduk tetap bukan warganegara Malaysia

Pendakwah antarabangsa dari India Dr Zakir Naik, bertaraf penduduk tetap di Malaysia dan bukannya warganegara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pendakwah antarabangsa dari India Dr Zakir Naik, bertaraf penduduk tetap di Malaysia dan bukannya warganegara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata penceramah itu tidak menetap di Malaysia sebaliknya tinggal di beberapa negara lain.

“Beliau (Zakir) mendapat status penduduk tetap pada lima tahun lepas, beliau bukan warganegara Malaysia,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada Zakir adalah warganegara Malaysia.

Pada November tahun lepas (2016), Hindustan Times di India melaporkan bahawa Zakir telah diberi kerakyatan Malaysia namun perkara itu dinafikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

TAGS