Zulhasnan Rafique dilantik duta Malaysia ke AS

Zulhasnan Rafique dilantik duta Malaysia ke AS

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan melantik Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin, menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini.

Zulhasnan pernah menyandang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2006 hingga 2009 dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2004 hingga 2006.

Beliau juga pernah menjadi Anggota Parlimen Wangsa Maju dari 1999 hingga 2004 dan Anggota Parlimen Setiawangsa dari 2004 hingga 2013.

Sejak 2014, Zulhasnan merupakan Canselor Geomatika University College Malaysia.

TAGS