Zunar ditahan di majlis minum teh

Zunar ditahan di majlis minum teh

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, ditahan polis petang ini.

Beliau ditahan oleh lima pegawai polis berpakaian biasa semasa majlis kutipan dana yang dikenali sebagai “Minum Teh Bersama Zunar” yang diadakan di Dewan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

“Saya ditahan polis sekarang dan akan di bawa ke balai Dang Wangi,” tulis Zunar di Facebooknya sejam yang lalu.

Sehubungan itu, acara itu terpaksa dibatalkan.

Polis turut merampas buku kartun Zunar

November lalu, Zunar ditahan ketika mengadakan pameran lukisan di Komtar, Pulau Pinang.

TAGS