1,563 tentera ditahan, 5 jeneral 29 kolonel digantung tugas

1,563 tentera ditahan, 5 jeneral 29 kolonel digantung tugas

Sekurang-kurangnya 1,563 anggota tentera Turki  ditahan selepas cubaan rampasan kuasa di negara itu semalam gagal, kata kementerian dalam negeri Turki.

Jeneral Mamduh Hakan antara ditahanKementerian juga menggantung beberapa pemimpin kanan tentera termasuk lima jeneral dan 29 kolonel, lapor media berbahasa Inggeris Turki, Daily Sabah.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan sebelum ini mengumumkan sekumpulan anggota dalam tentera Turki telah cuba membuat rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan.

Sebaik saja ia dibuat, Erdogan telah meminta rakyat negara itu, ” pergi ke pusat perhimpunan, mari kita beri mereka jawapan terbaik.”

Erdogan yang tiba di Istanbul beberapa jam kemudian dari tempat percutiannya di Marmaris, berkata, beliau tidak akan tinggalkan Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul sehingga keadaan dalam negara itu kembali normal.

“Penerbangan Turkish memulakan operasi. Ada sedikit kekecohan di Ankara,” katanya kepada orang ramai yang berkumpul di lapangan terbang itu, lapor media Turki itu.

Sekurang-kurang 90 terbunuh manakala lebih 1000 lagi cedera akibat cubaan rampasan kuasa ini.