Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
1 juta kenderaan dijangka masuki Kelantan Aidilfitri ini
Datuk Hasanuddin Hassan

1 juta kenderaan dijangka masuki Kelantan Aidilfitri ini

BernamaMay 28, 2019 7:00 am




Sebanyak sejuta kenderaan dijangka akan memasuki Kelantan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal disambut 5 Jun depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata kemasukan kenderaan ke negeri ini berlaku secara berperingkat ekoran musim cuti sekolah sudah bermula.

“Jadi kita jangkakan akan berlaku pertambahan namun ia berlaku secara berperingkat-peringkat dan tidak sekali gus seperti sebelum ini.

“Apa pun kita harap pemandu supaya berhati-hati ketika memandu dan tidak berlumba di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Ops Selamat peringkat negeri Kelantan di perkarangan bandar Taman Kota Harmoni pada Isnin.

Hasanuddin berkata sehubungan itu mereka yang pulang beraya nanti diingatkan tidak mengambil sikap terlalu teruja untuk pulang ke kampung  sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika di jalan raya.

“Ramai di antara pemandu kebanyakannya tidak cukup rehat dan memandu dalam keadaan berbahaya. Kita harap biarlah mereka cukup rehat dan barulah mulakan perjalanan ke destinasi yang dituju,” katanya.

Sementara itu, Hasanuddin meminta mereka yang meninggalkan rumah ketika hari raya ini supaya mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak berlakunya kes pecah rumah yang sering berlaku sepanjang perayaan.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production