1 Malaysia tertanya kenapa muncul bau wangi macam bunga kubur masa bulan penuh, ini sebabnya

Oleh KIM SYAZIE

Sejak kebelakangan ini terutama ketika waktu malam, pengguna media sosial di Facebookmendakwa terhidu bau wangi seperti bunga yang kuat ketika berada di luar rumah.

Bau wangi yang kuat itu dikatakan seperti bau bunga Kemboja atau bunga kubur.

Perkara tersebut menjadi perbincangan ramai sehingga timbul spekulasi yang mengaitkan dengan mistik.

Bagaimanapun, menurut perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fify berkata, bau wangi tersebut bukanlah satu kejadian mistik, tetapi merupakan fenomena biasa yang berlaku disebabkan bulan penuh.

Hasil carian mendapati, fenomena ini dipanggil bunga mekar bulan (lunar blooming flowers), ia merupakan kumpulan bunga-bunga yang mekar pada masa yang sama dengan bulan purnama penuh atau full moon.

“Waktu begini, banyak bunga yang sedang berada dalam fasa ‘peak blooming’. Terutama sekali pada waktu malam.

“Waktu beginilah bunga-bunga ini akan keluarkan haruman yang sangat kuat sampaikan sesetengah kita cakap ada roh balik rumah dan sebagainya.

“Ketika fenomena ini, bunga-bunga akan kembang sekembang-kembangnya untuk sebarkan debunga sejauh-jauhnya,” katanya.

Baca juga: “Panggil saya Kit”, pemimpin DAP enggan digelar Tan Sri selepas terima anugerah