Selama satu tahun lelaki ini duduk ‘free’ di dalam pusat membeli belah akhirnya rahsia yang disimpan selama ini terbongkar selepas terserempak dengan pengawal keselamatan.
Tindakan tinggal di ruang sempit sebuah pusat membeli belah itu disebabkan lelaki terbabit dalam keadaan terdesak selepas dihalau dari rumahnya.
Michael Townsend berjaya menyelinap masuk ke satu ruangan kecil yang tersorok daripada pandangan kakitangan dan pengunjung pusat beli belah di Amerika Syarikat itu.
Ketika sedang berusaha mencari kediaman baharu, Townsend terbaca iklan di sebuah pusat beli belah yang terdapat sebuah bilik kosong di premis berkenaan.
Dia kemudiannya membuat keputusan untuk tumpang tidur di premis berkenaan namun dalam masa sama menghias ruang menjadi sebuah bilik yang dilengkapi perabot.
Malah, lelaki itu turut mempelawa rakannya untuk menetap bersama di premis berkenaan.
Kisah pada 1999 itu dikongsi Townsend dalam satu wawancara bersama Daily Star, baru-baru ini.
Townsend juga memaklumkan dia sebenarnya hanya bercadang untuk tinggal selama seminggu namun tidak menyangka berlanjutan sehingga setahun.
Berkongsi lanjut menerusi laman webnya, lelaki itu berkata, dia teringat satu iklan yang mencadangkan bagaimana sekiranya sebuah pusat beli belah boleh dijadikan kediaman.
“Tema utama iklan itu adalah pusat beli belah bukan hanya untuk golongan kaya menghabiskan wang malah ia boleh digunakan mereka yang terdesak bagi meneruskan kehidupan,” katanya.
Baca juga: Padah sebar poster palsu di media sosial, seorang wanita ditahan polis