Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
10 Adun Johor angkat sumpah sebagai Exco

10 Adun Johor angkat sumpah sebagai Exco

BernamaMarch 6, 2020 12:12 pm




Seramai 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, hari ini.

Berangkat sama pada Majlis Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut berangkat Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

Menurut kenyataan yang dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi Sultan Johor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah ialah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno  iaitu Datuk Samsolbari Jamali (Adun Semarang); Ayub Jamil (Adun Rengit), Zaiton Ismail (Adun Sungai Balang) dan Datuk Onn Hafiz Ghazi (Adun  Layang-Layang) serta seorang ADUN dari MIC R. Vidyananthan (Adun Kahang).

Turut mengangkat sumpah, empat Adun daripada Bersatu iaitu Mazlan Bujang (Adun Puteri Wangsa), Mohd Solihan Badri (ADUN Tenang); Tosrin Jarvanthi (Adun Bukit Permai) dan Mohd Izhar Ahmad (Adun Larkin) serta seorang Adun Bebas, Dr Chong Fat Full (Adun Pemanis).

Jumaat lepas, Hasni, 61, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-18 di hadapan Sultan Ibrahim di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Darurat Muhyiddin untungkan Grand Coalition PH

Terkini

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production